Thursday, December 1, 2011

Order dari Khamis (10 Nov 2011)

Assalamualaikum 

lama benar mamahusna cupcake tidak  bersiaran, al maklumlah ...tempahan bermusim :), bukan selalu ada tempahan, :) , bermain dgn dua anak kecil di rumah tanpa pembantu, dengan kerjaya tetap, tidak memberi peluang utk diri ini melebarkan sayap melakukan promosi2 untuk kawasan sini, hanya betul2 bergantung pada mereka yang menemui blog ini secara online. Insya Allah, jika tempahan datang , kami akan sedaya upaya menerimanya. takut untuk mengecewakan pelanggan. terima kasih kpd mereka yang mempercayai dan menempah dengan kami. 

oh... alhamdulillah, rezeki sebelum cuti sekolah, ticher nani tempah kek 2kg utk jamuan tahun 6 SKSE, 2 kg ya!! senang hati, pastu cikgu2 sk kuala gris juga menempah cupcake sebanyak 83 biji, untuk jamuan hari rabu... senang hati juga ....  tup...tup ... malam nak baking, tiba-tiba black out dr maghrib lagi. tergendala kerja... inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.  

dalam kegelapan malam, dapat call dr cikgu ayu, pra angsana, nak tempah kek 2 kg... so: dgn berat hati tak leh terima.. 
esoknya di sekolah... anis pembantu ayu, memujuk2 ku supaya terima... huhuhu... ku terima lah...
tgharinya...nak confirm dgn ticher nani , rupanya ku salah faham... dia tempah 2kg utk 2 biji kek ... masya allah!!! panik jugalah...  macamana ni? diorang pra pujuk juga supaya terima tempahan, hanya bergantung harapan pada Mu  Ya Allah... maka bermula petang rabu yg sibuk, so terpaksa panggil my pembantu kat rumah mak, mujur baba sudi balik utk ambil adik dan sepupu ku. ok jom tgk apa yg telah ku buat...


sebelum di touch up
suci lagi

simple kan? tempahan dr cikgu2 sk kuala gris


tempahan dr cikgu ayu pra angsana ... mujur ada stok edible image angry birds

tempahan utk thn 6

 
utk tahun 6 juga






sebelum di hantar...

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews